Kami nak kongsikan kat korang apa tugas pengapit yang sepatutnya dilakukan semasa majlis berjalan.Kebanyakkan orang ambik mudah menjadi pengapit ini adalah tugas yang betul-betul korang perlu tahu.
#1 Sila bawa tisu bersama anda
Korang perlu sediakan tisu untuk lap peluh pengantin. Tidak perlu bawa satu kotak hanya perlu bawa pack yang kecil sahaja.Tak kan korang nak tengok pengantin tu berpeluh mana tahu nanti korang nak wedding terjadi benda yang sama apa yang korang pernah lakukan kepada pengantin.
#2 Alert dengan flow majlis
Sangat penting untuk anda bersedia.Jangan sampai majlis dah nak mula korang tak sampai lagi kalau boleh bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
#3 Jangan overshadow pengantin
Walaupun anda ingin mendadan cantik kerana wajah anda turut menghiasi album-album dan gambar nanti.Tapi terapkan dalam minda bahawa iu bukan majlis korang.tak kesah untuk melaram tapi jangan sampai berlebihan.
BONUS!! Klik MyWeddingPlanner untuk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.
#4 Sentiasa senyum
Korang perlu sentiasa senyum untuk menampakkan lagi seri. Walaupun anda penat,panas dan sebagainya. Anda perlu ingat itu adalah majlis kawan atau family yang kita sayang.Kepada yang ingin menjadi pengapit berlatih lah untuk senyum.
#5 Jangan pentingkan diri sendiri
Kerana pengantin adalah raja sehari so korang ringan kan lah tulang untuk membantu apa yang patut dan jauhi sifat pentingkan diri. Korang perlu alert juga persekitaran pengantin. Kerana mata korang akan tertumpu 80% kepada pengantin.
#6 Berbincang dengan pengapit lelaki/perempuan tentang baju
Untuk nampak menarik dan menawan bincang lah dahulu dengan pasangan pengapit untuk mengelak daripada pakaian yang tak sesuai dengan tema yang sepatutnya.Seperti anda memakai baju yang lain dan tak mengikut tema yang sepatutnya.
#7 ‘Hamba’kan diri anda untuk sehari
Anda adalah insan yang sangat penting untuk pengantin kerana anda lah yang sentiasa berada di sebelah pengantin.Cuba anda bayangkan pengantin terjerit-jerit panggil sedara mara untuk majlis merenjis. Sekiranya pengantin ingin sesuatu anda lah yang dia sangat percaya.
#8 Sediakan baju melayu dan songkok
Walaupun ia bukan majlis anda tetapi anda perlu lah nampak kemas dan jangan ambil sebagai sambil lewa je. Kalau boleh pakaian tu macam nak keluar date macam tu juga nanti time majlis. Bukan selalu dapat jadi pengapit.
#9 Hormati keluarga pengantin
Jika anda betul-betul kanwan baik dengan pasangan anda perlu lah berpakaian kemas dan cantik. Bagi lelaki jangan lahpakai subang,gelang dan sebagainya. apa pula pandangan orang tentang korang dan kawan korang.
#10 Penenang kepada pengantin
Bagi pengantin lelaki, anda selaku pengapit bertanggungjawab untuk menenangkan mereka. Kerana debaran menanti mereka. Anda perlulah berbual dengan mereka supaya mereka tidak berasa takut.
Bagi korang mudah ke untuk menjadi pengapit atau dikenali sebagai bridemaids. Apa pendapat korang? Jom cuba untuk jadi yang lebih terbaik untuk kawan atau family korang.