Berbulan madu adalah percutian untuk pasangan yang baru berkahwin. Selain itu,dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan dapat mengenal pasangan lebih mendalam. Tau tak, korang boleh pergi ke tampat-tempat yang menarik dalam malaysia sahaja.
Takperlu keluarkan kos yang berlebihan untuk dapatkan permandangan yang menarik. Jom tngok tempat yang menarik dan semestinya jimat kos.
#1. ‘Little England’Bukit Fraser – pahang
Bukit Fraser adalah tempat yang perlu kita kunjung sekiranya kita ingin merasakan seperti berada di Englands. Perjalanan dari Kuala Lumpur lebih kurang 2 jam untuk ke Bukit Fraser. Disamping itu juga,anda dapat rasa dan melihat kabus yang tebal dan cuaca yang sangat dingin.
#2. Cameron highlands – Pahang
Di Cameron Highlands juga dapat melihat keindahan yang dapat memukau pandangan kita. Selain itu,di Cameron Highlands juga boleh melakukan aktiviti yang menarik seperti memetik buah strawberi setelah puas memetik boleh menikmati buah strawberi dendan coklat.
#3. Genting Highlands – Pahang
Genting highlands di kenali sebagai ‘kota keriangan’ kerana banyak aktiviti mencabar seperti roller coaster,genting spinner dan banyak lagi. Selain itu,di genting terdapat beberapa hotel untuk anda merehat-rehatkan badan anda iaitu First World Hotel,Awana Genting dan lain-lain.
#4. Pulau Pangkor – Perak
Pangkor adalah detinasi terbaik untuk pasangan yang baru berkahwin dan sesuai untuk cari ketenanagan bersama pasangan.Selain itu,ada juga aktiviti yang menyeronokkan di Pulau Pangkor seperti pusing pulau dan banyak lagi.
#5. Bukit Larut – Perak
Bukit Larut di kenalli sebagai Bukit Maxwell di kawasan perangiran tanah tinggi. Selain itu, ia juga sesuai untu pasangan baru berkahwin kerana kawasan tersebut sunyi,dingin dan tenang. Disamping itu juga, pemandangan paling menarik ialah waktu malam. Kerana dapat melihat kelipan-kelipat di laut selat melaka yang kelihatan sangat cantik.
#6. Pulau Kapas – Terengganu
Pulau Kapas dapat memberi ketenangan kepada pasangan yang baru sahaja berkahwin. Di Pulau Kapas juga menunjukkan kawasan yang sangat indah dan tenang. Pantai yang bersih dapat melihat ikan yang ada di sekitar pesisiran laut. Selain itu, anda juga dapat melakukan aktuviti snorkelling,scuba diving dan bermacam lagi.Di sini juga di sediakan tempat untuk lepaskan penat iaitu Kapas Island REsort,Kapas Turtle Valley,The Light House dan banyak lagi.
#7. Pulau Perhentian – Terengganu
Pulau Perhentian adalah tempat yang paling tepat untuk di kunjungi oleh pasangan yang baru berkahwin kerana suasana yang menari,air yang sangat jernih.Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Aktiviti yang paling menyeronokkan ialah snorkelling dan diving kerana dapat pergi point-point yang menyeronokkan seperti shark point,turtle point dan banyak lagi.
#8. Pulau Sibu – Johor
Pulau Sibu seta menanti kunjungan daripada pelancong kerna keindahan pulau yang sangat bersih. Pulau ini juga digemari para penyelam kerana keindahan lautnya.Di sebab kan itu anda perlu datang ke Pulau Sibu untuk melihat sendiri keindahannya.
#9. Port DIckson – Negeri Sembilan
Bunyi angin dan ombak yang seakan-akan berlagu yang menarik minat pengunjung untuk tinggal di situ. Ia juga ada bermacam-macam aktiviti riadah dan waktu malam juga terdapat aktiviti yang menyeronokkan. Ia juga dapat mengeratkan hubungan anda dengan pasangan anda.
#10. Pulau Langkawi – Kedah
Tidak rugi kalau melancong ke langkawi kerana banyak tempat-tempat menari di situ. Terutama Tasik Dayang Bunting yang terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi yang di kelilingi tumbuh-tumbuhan hijau yang berbentuk seorang wanita yang hamil yang sedang berbaring.Selain itu, telaga tujuh yang terletak di sebelah barat laut Pulau Langkawi sangat menyeronokkan.Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi.
SELAMAT BERHONEYMOON KORANG <3