Korang mesti ada kawan yang nak berkahwin? Cuba lihat kalau ada 10 perangai ni ada atau tidak pada rakan korang tu!
.
Kalau ada kawan korang yg macam tu korang jangan pelik sebab hari ni Mimin nak kongsi sikit 10 PERANGAI BAKAL PENGANTIN yg korang kena faham..
😉
# 1. Selalu on diet
Kalau ajak makan lunch ke, makan dinner ke, lepak minum-minum ke, selalu dia jawab “Tak boleh, tengah diet.” HAH… ini memang biasa.
Yang berjiwa gagah dan kental sedikit, ada yang lepak sama juga, tapi dia order makanan yang berkalori rendah sahaja. Ini memang respect ah.
#2. Follow banyak akaun yang berkaitan perkahwinan di Insta/fb
Ada satu ruangan di Instagram yang selalu update aktiviti terkini kawan kita. Kawan yang sorang ini update dia selalu tentang dia like, komen atau follow akaun yang berkaitan perkahwinan.
Daripada pelamin, pembuat hantaran, mekap, baju hinggalah kanopi. Semua dia follow.
BONUS !!! Klik MyWeddingPlanner utk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.
#3. Jimat
Kalau dulu kawan korang ini suka shopping, beli baju, beli make up, beli macam-macam. suka travel, suka makan dan lain-lain, akhir-akhir ini dia seperti sudah perlahankan sedikit aktivitinya.
Terutamanya aktiviti yang melibatkan belanja yang mahal. Ada juga yang sudah mula bawa bekal. Jangan diusik pulak.
Bukan senang nak bendung aktiviti yang sudah selalu kita buat. Bagi sokongan padu.
#4. Mula bersenam
Kawan anda ini dulu couch potato? Tiba-tiba lepas kerja, aktiviti dia sekarang pergi bersenam di taman atau ke gym ke atau pergi main badminton ke. Makin rajin dan gigih.
Tapi, ada juga yang azam dah sampai, tapi setakat ini hanya mulut sahaja yang baru bergerak. Bagi support sikit pada rakan anda.
Kalau rakan anda benar-benar mahu ketatkan dan tengangkan lemak-lemak yang selalu goyang-goyang itu, ambil masa juga. Jadi kena mula awal sedikit.
#5. Power pasal make up
Kawan anda yang nak kahwin ini makin power pasal make up. ‘Countouring’ pun dah macam pro. Ini semua hasil research kawan anda tentang make up dan semua hal berkaitan.
Selain itu, anda cuba sebut nama mana-mana MUA dekat Malaysia ini. Mesti dia pernah stalk di instagram.
#6. Pro tentang harga sewa atau harga beli
Bila nak kahwin, tentunya kawan anda dan pasangan akan cari rumah untuk didiami bersama kan? Kalau anda tengah cari rumah ke apa, anda boleh tanya mereka yang baru nak berkahwin ini.
Mereka boleh jawab tentang harga pasaran berapa, harga bayaran bulanan berapa, proses nak beli rumah macam mana, kawasan mana yang elok dan lain-lain.
#7. Pro tentang harga barangan rumah
Jika dulunya, kawan anda ini endah tidak endah sahaja tentang harga barangan rumah, sekarang ini semua pun dia tahu.
Daripada barangan elektrik, harga perabot lain hinggalah ke barangan runcit, semua harga dalam otak sudah. Baguslah itu. Kiranya dia dah prepare.