CHECKLIST KHAS UNTUK BAKAL PENGANTIN
(P/S: Baca sampai habis tau sebabnye ade diskaun special kat checklist no.10)
Adakah anda berada didalam situasi berikut ?
πSerabut memikirkan persiapan perkahwinan
πMajlis dah dekat tapi banyak perkara tak settle lagi.
πBanyak perkara nak buat sampai dah tak cukup tangan nak handle
Mahu rasa LEBIH TENANG menghadapi Majlis Persandingan ANDA ?
Kami sediakan 10 CHECKLIST berikut untuk bantu anda rasa lebih rileks menguruskan majlis perkahwinan:
Seringkali terjumpa Pengantin Perempuan yang kelam-kabut akibat menjadi seperti “Kaunter Pertanyaan” untuk semua perkara yangg berkaitan dengan majlisnya.
Keadaan menjadi lebih parah jika segala perancangan yang difikirkan tidak disampaikan kepada orang lain.
Perkongsian ini berdasarkan pengalaman kami menjadi Jurugambar Rasmi Majlis Perkahwinan selama lebih 7 tahun.
Semoga ianya bermanfaat buat semua!!
Jom tengok & follow checklist yang kami harap dapat membantu Pengantin Perempuan untuk lebih tenang di hari majlisnya.
#1 : Mensyuarat dengan Ahli Keluarga Terdekat
Perbincangan dengan ahli keluarga adalah sangat perlu bagi melancarkan perjalanan majlis.
Semasa perbincangan dilakukan , anda bolehlah memberitahu apakah perkara yang anda rancang & bagaimana untuk melaksanakannya.
Yang penting, semua perlu tahu & sepakat dengan apa yang dirancangkan.
Adalah digalakkan untuk menyediakan “Master Plan” majlis & lebih bagus jika dapat ditampal atau diedarkan bagi memudahkan semua orang membuat rujukan.
Buatlah satu group Whatsapp khas untuk majlis anda. Trend kan, lagipula senang nak sampaikan maklumat.
#2 : P.I.C tugasan ( Person in charge )
Untuk lebih sistematik, lantiklah Ketua/PIC daripada kalangan ahli keluarga untuk setiap tugasan yang perlu disiapkan.
Setiap Ketua/PIC bertanggunjawab menjalankan amanah yang telah diberikan.
Jika ada masalah timbul, hanya perlu merujuk Ketua/PIC sahaja tanpa melibatkan ramai orang.
#3 : Bridesmaid
Bridesmaid merupakan Pembantu Kanan kepada Pengantin Perempuan.
Tugas mereka banyak sebenarnya, antaranya menjadi pendamping sepanjang majlis , membantu persiapan pengantin , penjaga barangan peribadi pengantin, beri doorgift kepada tetamu & yang pentingnya membantu pengantin untuk rasa lebih tenang.
Biasanya yang kita lihat bridesmaid yang jadi pengapit ni lah yang tukang kipas pengantin, tukang lap peluh, tukang betulkan tudung herot. Haa banyak tu tugasan pengapit.
Jika ada budget lebih , bolehla sediakan pakaian sedondon untuk mereka , tapi PERINGATAN janganlah pakaian Bridesmaid anda lebih menonjol daripada Pengantin.
Tugas Bridesmaid? kat link ni kami kupas dengan lebih terperinci :-
http://miezipro.com/
#4 : Follow Up Bridal, Katering , Jurugambar & lain2.
Baru-baru ni heboh pasal katering tak datang untuk serve makanan di majlis kahwin. Ada juga isu Pelamin yang ditempah lain, dapatnya lain.
Salah satu sebabnya adalah TIDAK Follow Up tugas mereka.
Jika ada jadual/plan majlis yang berubah , mereka inilah yang perlu anda beritahu dahulu.
Pastikan mereka dapat hadir ke majlis anda pada masa yang telah ditetapkan. Lebih mudah jika anda lantik P.I.C untuk uruskan mereka.
Kat sini kami kongsikan juga tips-tips memilih katering dan tanggungjawab cameraman :-
Cara Pilih Katering :
http://miezipro.com/
Tugas-tugas Jurugambar :
http://miezipro.com/
#5 : Borang Nikah & Tok Kadi
Sentiasa Follow Up Tok Kadi ya!!
Pernah kami alaminya, Tok Kadi yang sepatutnya hadir untuk majlis pernikahan sebelah pagi tapi tidak hadir kerana telah ke Kuala Lumpur. Tak ke haru gitu, orang penting nye tiade.
Sudahnya, terpaksalah majlis kenduri diteruskan tengah harinya sementara menunggu Tok Kadi pulang & majlis Nikah hanya dapat dilangsungkan pada sebelah petangnya.
BONUS !!! Klik >> https://bit.ly/2y3m6Zs << untuk download e-Book βMy Wedding Plannerβ secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.
#6 : Rombongan Pengantin Lelaki
Ramai yang terlepas pandang akan hal ini. Seringkali kami melihat kebajikan rombongan pengantin lelaki agak terabai.
Mereka merupakan tetamu utama & sepatutnya ada layanan khas diberikan kepada mereka.
Jika rombongan jauh, menyediakan tempat penginapan adalah perlu. Jangan lupa untuk urus juga makan minum mereka sepanjang menjadi tetamu anda.
#7 : Fitting
Try test la semula baju yang telah ditempah tu.. kalau ada apa-apa perubahan masih sempat untuk dibuat.
Ye la, masa mula-mula test 3 bulan yg lepas, tu-tup2 badan dah SLIM kan, haa nampak gedobos pulak baju tu..
#8 : Atur Aktiviti Seminggu Terakhir
Janganlah jadi hero nak buat semua perkara. Jika anda rancang aktiviti yang perlu dilakukan InsyaAllah, akan lebih teratur & senang.
Waktu rehat yang cukup sangat perlu sebab pada hari majlis 100% tenaga anda diperlukan. Jangan skip waktu tido & jangan skip makan ya!
#9 : Berdoa & Bertawakal
Sebagai hamba, kita hanya mampu untuk merancang. Percayalah perancangan yang terbaik datang daripada Allah yang Maha Esa.
Jadi, sentiasalah berdoa semoga Allah melancarkan segala yang kita rancang.
Kenduri-kenduri juga, Solat jangan tinggal ya.
Kami kongsikan juga Tips Solat di hari kenduri di sini:
http://miezipro.com/
#10 : Lantik MIEZIPRO & KOD DISKAUN RM200 serta TAMBAHAN 1 LAGI ALBUM ada dibawah!
Sejak 2011 lagi, kami telah aktif menjadi Jurugambar Rasmi majlis perkahwinan seluruh Malaysia.Dengan pengalaman luas ini, anda tidak perlu runsing & bimbang lagi mengenai keupayaan kami menjadi jurugambar anda kelak.
Berikut adalah beberapa testimoni Client kami:
Testimoni 1: https://youtu.be/
Testimoni 2: https://youtu.be/
Testimoni 3: https://youtu.be/
Selain daripada Pakej Gambar, kami juga ada menyediakan Pakej Video:
Video 1: https://youtu.be/
Video 2: https://youtu.be/
Video 3: https://youtu.be/
Video 4: https://youtu.be/
Apa KOMITMEN MIEZIPRO kepada anda ?
π€ Kami menyediakan sesi konsultasi percuma perancangan perjalanan majlis perkahwinan anda.
π€Kami akan menyediakan jurugambar / juruvideo terlatih & berkemahiran untuk bertugas sepanjang majlis.
π€JAMINAN PULANGAN WANG 100% jika anda tidak berpuas hati dengan khidmat yang telah diberikan.
π€Album siap dalam masa 1 – 2 bulan sahaja.
π€Kami sediakan surat perjanjian menyatakan pakej, bayaran, maklumat syarikat yang ditandatangani oleh pihak MIEZIPRO, SAKSI dan PELANGGAN.
Macam mana nak cari MIEZIPRO?
Search “Miezipro Production” di Google Map / Waze.
*Berhadapan dengan Pasaraya Giant Batu Caves
Jika berminat untuk mengetahui pakej-pakej yang kami dengan lebih detail,
bolehlah hubungi Customer Care kami ya π : (whatsapp/call/sms 24/7)
Cik Aja : 0199578517
Terima Kasih ,
Kami bersedia berkhidmat untuk anda ;
“We CARE for Your PRECIOUS MOMENTS”