Bila cakap pasal kahwin,ramai yang akan teruja dan tak sabar.Mana tidaknya,itu adalah hari yang ditunggu-tunggu selama ini.Segala mahu sempurna termasuklah gambar-gambar hari bahagia yang akan dibukukan untuk menjadi memori buat hari tua.
#1 Tinjau artwork
Perkara yang pertama yang ada harus lakukan adalah anda perlu melihat sendiri hasil kerja photographer tersebut.Melihat hasil kerja mereka sama ada ia benar-benar mengikut citarasa anda atau tidak.Senang cerita anda stalk semua gambar-gambar mereka sampai habis di laman sosial.
#2 Lihat feedback orang ramai
Selepas anda melihat artwork dan anda berminat,langkah seterusnya anda lihat feedback dan komen-komen pelanggan mereka sebelum ni.Sekirannya,ada pelanggan yang anda kenal lebih baik anda bertanya pada mereka.Untuk lebih berjaga-jaga tak semestinya gambar cantik album pun cantik.
#3 Sesuai dengan bajet
Sekiranya gambar cantik,feedback pun gempak. Jadi anda boleh mula melihat pakej yang ditawarkan.Adakah ia bersesuaian dengan bajet anda atau pun tidak.Dan bandingkan harga dan barang yang akan anda dapat melalui pakej tersebut.
#4 Fahamkan pakej betul-betul
Anda perlu faham betul-betul pakej yang ditawarkan.Album saiz berapa,poster frame saiz berapa.Gambar pula ada berapa keping.Kami yakin tak akan ada photographer pun yang akan faham sekiranya anda kurang jelas.
BONUS!! Klik MyWeddingPlanner untuk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.
#5 Base di mana?
Sekiranya majlis di Terengganu tetapi photographer berada di Kuala Lumpur. Anda perlu membayar lebih dari kos perjalanan dan penginapan.Selalunya pakej yang ditawarkan tidak termasuk dua benda ni.Kalau boleh cari photographer yang base berdekatan dengan majlis.Kalau anda sanggup bayar lebih apa salahnya.
#6 Lihat sendiri contoh album
Tak semua orang tahu dan faham apa itu photobook,custom album,mockup album dan banyak lagi. Jadi sebelum nak deal,anda perlu berjuma dengan photographer itu sendiri. Dan lihat jenis album yang ada.Macam mana saiz yang meraka ada. Takut anda kena tipu. Kadang-kadang anda tengok angka macam besar last-last dapat besar A4 entah-entah sampai .
#7 Terangkan tentatif penuh majlis
Sebagai pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan seorang photographer ,anda wajib menerangkan tentatif penuh majlis kepada photographer.beritahu details tempat(dewan atau rumah),exact time nikah,sanding,malam berinai dan lain-lain.
#8 Pilih sama ada perlu satu atau lebih photographer
Kalau majlis yang besar ala-ala Wedding of The Year seelok-eloknya ambil lebih dari satu.Ketahuilah sememangnya tak akan terpedaya seorang photographer untuk cover sendirian .
#9 Clear dengan cara bayaran
Sebagai pengantin anda perlu jelas dengan cara bayaran bermula dari deposit sehinggalah selesai semasa mengambil gambar dan album.Deal betul-betul dengan photographer,make sure maklum berapa bayaran yang sudah dibuat dan baki yang tinggal.
#10 Pastikan ada hitam & putih
Mungkin tak semua photographer buat benda macam ni.Tapi anda perlu ada ‘hitam putih’ semasa anda menggunakan khidmat mereka.Tak kisah sekiranya photographer anda tu kawan baik sendiri ke apa,zaman sekarang ‘hitam putih’ ni memang penting.
Itu sahaja yang dapat disampaikan inshaa allah ia dapat membantu anda….